Showing posts with label kelas menjahit langsir. Show all posts
Showing posts with label kelas menjahit langsir. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

Tempahan untuk raya telah ditutup.

Hi semua.....
Siti nak memaklumkan kepada semua bahawa tempahan menjahit baju untuk hari raya pada tahun ini telah ditutup dengan rasminya pada hari ini. Kalau ada sesiapa yang masih nak menempah baju juga, terpaksa lah amik lepas raya........

Siti sertakan senarai harga untuk setiap tempahan baju pada tahun ini. Memandangkan terlalu ramai yang memberi sms kepada siti bertanyakan harga untuk setiap jahitan, siti sertakan dibawah :

1 : Baju kurung + span + mata lalat = RM25
2 : Baju kurung + span + mata lalat + piping (kun) = RM35
3 : Baju kebaya + span + butang bungkus = RM45
4 : Baju kebaya + span + zip belakang = RM45
5 : Baju kurung moden = RM35
6 : Baju kurung pahang = RM35
7 : Baju kurung kedah = RM30
8 : Baju blaus sepasang = RM35
9 : Baju jubah = RM35
10 : Baju berlining = tambahan RM10 untuk setiap kain atau baju
11 : Baju melayu cekak musang = RM55
12 : Baju melayu ceongsam = RM55
13 : Baju melayu teluk belanga (tulang belut) = RM60
14 : Baju melayu raihan = RM60
15 : Baju nurse = RM80
16 : Baju kemeja = RM25
17 : Seluar slack = RM30

p/s :
Untuk kain sutera harganya berlainan dari harga diatas. Untuk maklumat lanjut hubungi siti di 012-7663190.

Wednesday, May 6, 2009

Kelas menjahit langsir secara peribadi

Hi semua,

Siti mahu mewar-warkan satu berita baik kepada anda semua. Bermula dari hari ini (6 May 2009) , siti akan menawarkan kelas menjahit langsir secara peribadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya.

Buat masa sekarang, tawaran dibuka kepada mereka yang tinggal di kawasan johor bahru, kulai dan kota tinggi sahaja. Kos untuk belajar satu paten adalah dari RM220 hingga RM250 sahaja ( harga boleh dirunding bergantung kepada lokasi ). Anda boleh memilih samada untuk datang sendiri kerumah siti (area senai) atau jika anda memiliki mesin jahit, siti akan berkunjung kerumah anda.

Kelas akan diadakan pada hari Ahad sahaja ( hari biasa siti nak siapkan tempahan ).Proses pengajaran bermula dari mengukur, melakar, memotong dan menjahit sehingga siap.

Barang2 atau peralatan yang perlu anda sediakan adalah:
1. kain langsir ( pilihan anda )
2. benang ( pastikan sama warna dengan kain langsir )
3. tali pengukur
4. pembaris L, tegak dan bentuk
5. kapur
6. gunting
7. buku nota dan pen (untuk mencatat nota2 penting )
8. pengeras untuk langsir
9. aksesori langsir ( bergantung kepada paten yang anda hendak pelajari )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi siti di 012-7663190 atau emailkan ke siti_6214@yahoo.com

Siti sertakan video contoh2 langsir siti di youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=KDlxN_2KhlA

Sehingga bertemu lagi..........tq