Wednesday, May 6, 2009

Kelas menjahit langsir secara peribadi

Hi semua,

Siti mahu mewar-warkan satu berita baik kepada anda semua. Bermula dari hari ini (6 May 2009) , siti akan menawarkan kelas menjahit langsir secara peribadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya.

Buat masa sekarang, tawaran dibuka kepada mereka yang tinggal di kawasan johor bahru, kulai dan kota tinggi sahaja. Kos untuk belajar satu paten adalah dari RM220 hingga RM250 sahaja ( harga boleh dirunding bergantung kepada lokasi ). Anda boleh memilih samada untuk datang sendiri kerumah siti (area senai) atau jika anda memiliki mesin jahit, siti akan berkunjung kerumah anda.

Kelas akan diadakan pada hari Ahad sahaja ( hari biasa siti nak siapkan tempahan ).Proses pengajaran bermula dari mengukur, melakar, memotong dan menjahit sehingga siap.

Barang2 atau peralatan yang perlu anda sediakan adalah:
1. kain langsir ( pilihan anda )
2. benang ( pastikan sama warna dengan kain langsir )
3. tali pengukur
4. pembaris L, tegak dan bentuk
5. kapur
6. gunting
7. buku nota dan pen (untuk mencatat nota2 penting )
8. pengeras untuk langsir
9. aksesori langsir ( bergantung kepada paten yang anda hendak pelajari )

Untuk maklumat lanjut sila hubungi siti di 012-7663190 atau emailkan ke siti_6214@yahoo.com

Siti sertakan video contoh2 langsir siti di youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=KDlxN_2KhlA

Sehingga bertemu lagi..........tq


No comments:

Post a Comment